Thursday, July 28, 2011

SALAM RAMADHAN DARI KELAB EVO



KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.


3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Wasalam.








Friday, July 22, 2011

AHLI JAWATANKUASA KELAB EVO SESI 2011

Presiden : En Khairudin Kassim

Timbalan : En Mohd Azli

Setiausaha : Pn Eliza Shariffin

Bendahari : En Hafishairy Adnan

Penolong : Pn Sarah Ruzzana


Biro Lawatan : Pn Syamsul Nahariah

Biro Sukan : En Ridwan Abd Aziz

Biro Agama / Kebajikan : En Zuraidi Ali

Biro Ekonomi / Hadiah : En Mohd Yusri


AJK Biro Lawatan

En Shaifulludin , En Syahizam, Pn Norita

En Zaimi Zhnd, Pn Amynofairus, En Che Daud


AJK Biro Agama / Kebajikan


En Amiruddin, En Amran, En Mohd Rozi,

Pn Norsikha, Cik Rosni, Pn Rosmawati Ibrahim



AJK Biro Sukan


En Mohd Yaqzan, En Shahrul Izhar, En Kamarul Hafizad,

En Azhan, En Zahidi, Cik Nurhasima

AJK Biro Ekonomi / Hadiah


En Mohd Kamal, En Aznan, Cik Azlin,

En Khamizan, Pn Rosmawati Ismail, Pn Sabarina













Monday, July 18, 2011

PROGRAM LAWATAN & SUMBANGAN KE RUMAH ANAK YATIM

Sempena menyambut Bulan Ramadhan yang hampir tiba

Biro Kebajikan EVO MPSJ akan menganjurkan satu

Program Lawatan Dan Penyerahan Sumbangan kepada

Rumah Anak-Anak Yatim Dalam kawasan MPSJ

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK)

Kg Sri Aman, Puchong telah dipilih bagi tujuan program ini


Sumbangan yang akan diberikan adalah dari segi bentuk

wang ringgit dan barangan keperluan harian anak-anak yatim

tersebut seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya

bagi penyediaan mereka berbuka puasa dan bersahur


Tarikh kutipan kepada kakitangan adalah pada

25-27 Julai 2011, dan tarikh penyerahan sumbangan

adalah pada 29 Julai 2011 Jumaat jam 3.00 petang




Marilah kita bersama-sama menyumbang bagi

keperluan anak-anak yatim tersebut kerana

sabda Rasulullah ... bila mati anak ADAM yg tinggal cuma 3 perkara

iaitu AMALNYA, SEDEKAHNYA & DOA ANAK YG SOLEH










Tuesday, July 12, 2011

PERTANDINGAN BOLATAMPAR ANTARA JABATAN MPSJ 2011

Pertandingan Bolatampar Antara Jabatan MPSJ 2011

telah bermula pada 27 Jun sehingga 22 Julai 2011

di Kompleks Sukan MPSJ, USJ 5

Jabatan Kejuruteraan telah diwakili 2 kumpulan

iaitu kategori lelaki dan wanitaSetakat ini Kumpulan Wanita telah menang sekali

dan tewas sekali, manakala Kumpulan Lelaki

telah memenangi kedua-dua perlawanan


Marilah sama-sama kita menyokong mereka dan dengan
sokongan yang kuat mampu membuatkan mereka

beraski dengan lebih hebat dan kuat


Teruskan Usaha Kumpulan Bolatampar

Jabatan Kejuruteraan.









Tuesday, July 5, 2011

LAWATAN PANEL AUDIT KIK SELANGOR

Satu Panel Lawatan Audit Dokumentasi Konvensyen

Kumpulan Kreatif Dan Inovatif (KIK) Peringkat

Negeri Selangor 2011 telah membuat kunjungan

ke MPSJ pada 27 Jun 2011 yang lalu


Kedatangan Panel ini adalah bertujuan untuk menyemak
dan menilai semua dokumentasi dan bahan projek yang
digunakan oleh Kumpulan KIK Jabatan Kejuruteran
yang mewakili pihak MPSJ ke peringkat Negeri Selangor
pada Konvensyen yang akan diadakan akan datang.

Projek KIK Jabatan Kejuruteraan bagi Konvensyen ini
adalah berkenaan penutup longkang komposit. Ianya telah
dipasang di Kompleks Sukan MPSJ dan Balairaya SS 15.

Projek ini telah berjaya memenangi Johan Kategori Teknikal,
Konvensyen Kumpulan Kreatif Dan Inovatif Peringkat MPSJ
pada tahun 2010 yang lepas.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Kumpulan
KIK Jabatan Kejuruteraan ini dalam Konvensyen tersebut
dan seterusnya ianya mampu meningkatkan mutu kecemerlangan
budaya kerja di MPSJ pada masa-masa yang akan datang

Senarai Ahli-Ahli Kumpulan Kreatif Dan Inovatif (KIK)
Jabatan Kejuruteraan yang berjaya mengharumkan nama Jabatan
dan akan mewakili MPSJ pada Konvensyen tersebut.

Dari kiri : - En Norisham, En Mohd Amran, Pn Rosmawati Ismail,
En Mohd Razif, En Sharonmizan, Pn Sabarina, Pn Syamsul Nahariah
dan En Muhamad Hasnizam.