Thursday, August 25, 2011

KEMERIAHAN SUASANA AIDILFITRI DI JABATAN KEJURUTERAAN

SAMPUL DUIT RAYA EDISI KHAS KELAB EVO

YG DI DESIGNKAN OLEH BIRO KEBAJIKAN EVO

DAN DI EDARKAN KPD KAKITANGAN YG BERMINAT



DARI LAMPU KLIP-KLIP SEHINGGA KAD RAYA

DI GANTUNG BAGI MENYERIKAN SUASANA

HARI RAYA DI JABATAN KEJURUTERAAN




ANTARA TENAGA PENGERAK MENGHIAS PEJABAT


BAGI MENYAMBUT SYAWAL YG HAMPIR TIBA INI


SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA







Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN ANJURAN KELAB EVO

Satu program tazkirah sempena menyambut bulan

Ramadhan telah diadakan pada 19 Ogos 2011

bersamaan 19 Ramadhan 1432 Hijrah bertempat

di Dewan Kenanga, Bangunan Ibu Pejabat MPSJ

Program ini adalah anjuran bersama Kelab EVO

Jabatan Kejuruteraan melalui Biro Kebajikannya

dengan Bahagian Latihan MPSJ dan tajuknya

ialah mengenai penghayatan Ramadhan.

Kakitangan dari jabatan-jabatan lain turut

dijemput menghadiri tazkirah ini dan kehadiran

kakitangan dianggap telah menyertai satu kursus

yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan

Program tersebut di pengerusikan oleh En. Azmal
Penolong Jurutera Kanan, Unit Struktur,
Jabatan Kejuruteraan MPSJ dan penceramah
jemputan ialah Ustaz Mohd Shariff, seorang pendakwah
bebas bagi menggantikan Ustaz Ahmad Dasuki
yang mengalami masalah kesihatan

Diakhir majlis, Tn. Hj. Haizi, Penolong Pengarah
Kanan, Unit Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan
yang mewakili pihak Kelab EVO Jabatan Kejuruteraan
menyerahkan cendermata sumbangan kepada
Ustaz Mohd Sharif tersebut.










Monday, August 15, 2011

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini juga, pihak Kelab EVO

melalui Biro Agama & Kebajikan dengan kerjasama Bahagian

Latihan MPSJ akan mengadakan ProgramTazkirah Ramadhan

pada 19 Ogos 2011 Jumaat bersamaan19 Ramadhan

1432 Hijrah jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kenanga MPSJ.


Penceramah jemputan bagi program ini ialah Ustaz Ahmad Dasuki

seorang penceramah bebas yang cukup terkenal dengan membawakan

ceramahnya bertajuk " KELEBIHAN RAMADHAN DAN HIKMAHNYA "


Semua kakitangan yang berugama Islam adalah dijemput hadir dan

kehadiran anda akan mendapat pengesahan kehadiran satu kursus

anjuran MPSJ yang akan dimasukkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan.


Thursday, August 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Sempena menyambut Bulan Ramadhan yg hampir tiba

Kelab EVO Jabatan Kejuruteraan telah menganjurkan

satu lawatan dan penyerahan sumbangan ke Rumah Amal

Limpahan Kasih (RALK) Kg Sri Aman Puchong pada

29 Julai 2011 Jumaat jam 3.30 petang.

Program ini diadakan bagi tanda keperhatinan kakitangan

terhadap golongan yg kurang bernasib baik dlm kws MPSJ.

Sebanyak RM 4,000.00 telah berjaya dikutip dari

kakitangan mahupun orang perseorangan yg turut sama

menyumbangkan ke arah kebaikan ini.

Pelbagai barangan runcit juga turut disumbangkan

ke rumah anak yatim tersebut seperti beras, gula,

minyak masak dan sebagainya bagi menampung

keperluan mereka bagi menyambut bulan Ramadhan



Sebanyak RM 1,000.00 drp kutipan sumbangan tersebut

telah diagih-agihkan terus kepada anak-anak yatim tersebut

sebagai pemberian duit raya kepada mereka yg diserahkan

sendiri Tn Pengarah Jbt Kejuruteran kpd mereka.


Sebelum majlis berakhir, anak-anak yatim tersebut telah

menunjukkan bakat dgn menghiburkan rombongan kelab

melalui persembahan nasyid mereka.










Wednesday, August 3, 2011

SUMBANGAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Pihak Biro Kebajikan EVO merakamkan penghargaan

terima kasih kepada semua pihak yang menyumbangkan

wang ringgit mahupun barangan runcit bagi tujuan program

kebajikan ini disamping dpt meringankan beban pengurusan

rumah anak yatim tersebut dan seterusnya memberikan manafaat

kepada anak-anak yatim tersebut.

Barangan tersebut telah dikumpulkan bermula pada

25-29 Julai 2011 dan dimuatkan dalam kenderaan 'pickup'

jabatan sebelum dihantar ke rumah anak-anak yatim tersebut

Semuga segala sumbangan tuan-puan diberkati Allah s.w.t hendaknya
dan program ini di anggap telah berjaya kerana atas segala usaha tuan-puan semua
dan Insyaallah program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keadaan
dan akan menjadi program tetap Kelab EVO

* Gambar2 penyerahan sumbangan akan menyusul kemudian







JAMUAN HARI LAHIR JABATAN

Satu Majlis Jamuan Hari Lahir Jabatan telah diadakan

pada 29 Julai 2011 Jumaat jam 12.00 tengahari

Majlis ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran kakitangan,
menyambut kelahiran cahayamata, sumbangan perkahwinan
dan juga sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba.

Hadiah hari lahir kakitangan bagi tahun ini
adalah baju koporat jabatan yang diberikan
kepada semua kakitangan

Pelbagai juadah enak disediakan,
terutama satay dan nasi arab



Cendermata sempena menyambut Ramadhan

juga diberikan kepada semua kakitangan


* Gambar2 lain akan menyusul kemudian