Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT AJK KELAB EVO

Dalam merencanakan program dan aktiviti

di Kelab EVO, pihak AJK akan mengadakan

mesyuarat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Dalam mesyuarat ini semua AJK diberikan

peluang mengutarakan pendapat dan cadangan

untuk dibincangkan secara bersama

Hasil keputusan perbincangan mesyuarat

atau cadangan-cadangan daripada ahli

akan dikemukakan kepada pihak

pengurusan untuk kelulusan dan perlaksanaan.


Setakat ini semua Biro bergerak aktif

dan menjalankan program mengikut apa

yang dirancangkan berkat dari kerjasama semua

ahli mahupun kakitangan Jbt Kejuruteraan sendiri.












LAWATAN KERJA DARI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Pihak Jabatan Kejuruteran MPSJ merasa besar hati

kerana telah menerima satu lawatan kerja dari pihak

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

pada 21 September 2011 Rabu yang lalu.

Dalam lawatan tersebut pihak MBKT telah
diberikan taklimat mengenai Jabatan Kejuruteraan
oleh Engr. Hj. Mohd Haizi Harun

Lawatan ini juga adalah untuk bertukar-tukar
pandangan serta memahami dengan lebih jelas
lagi prosuder yang digunapakai oleh MPSJ
dalam kerja-kerja penyelenggaraan tahunan.


Semuga lawatan ini memberi banyak manafaat
kepada dua-dua belah pihak baik MBKT
mahupun pihak MPSJ (Jabatan Kejuruteraan)
sendiri dalam meningkatkan kualiti kerja













Friday, October 14, 2011

KONVENYSEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF SELANGOR 2011

Tahniah kepada Kelab EVO (Jabatan Kejuruteraan)

kerana telah berjaya menduduki senarai teratas 10 kumpulan terbaik dalam Konvensyen Inovatif & Kreatif
Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2011 yang diadakan
pada 08-09 September 2011di Shah Alam.
Kelab EVO dengan tajuknya " KEHILANGAN PENUTUP
LONGKANG DI KAWASAN PENTADBIRAN MPSJ "
telah meraih tempat ke 5 terbaik dari 18 kumpulan yang
menyertainya dari Kategori Teknikal.


Kelab EVO juga mendahului lain-lain Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) dalam Negeri Selangor dalam kemenangan ini


Tahniah diucapkan sekali lagi dan ianya akan menjadi
pembakar semangat kakitangan untuk berusaha

dengan lebih kuat lagi di pertandingan-pertandingan

lain pada masa akan datang













Wednesday, October 5, 2011

POT LUCK RAYA ADMIN KEJURUTERAAN

Hasil cetusan idea bersama maka

berlangsung majlis yang tidak kurang hebatnya

ini pada 26 September 2011 Isnin yang lalu.


Terima kasih kepada semua penyumbang2 POT LUCK

walaupun makanannya ringkas tapi tetap

menyelerakan terutama untuk bersarapan pagi.

Insyaallah ianya akan diteruskan lagi

di masa-masa akan datang (tarikh akan dimaklumkan)













LAGI GAMBAR MAJLIS AIDILFITRI