Thursday, August 4, 2011

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM

Sempena menyambut Bulan Ramadhan yg hampir tiba

Kelab EVO Jabatan Kejuruteraan telah menganjurkan

satu lawatan dan penyerahan sumbangan ke Rumah Amal

Limpahan Kasih (RALK) Kg Sri Aman Puchong pada

29 Julai 2011 Jumaat jam 3.30 petang.

Program ini diadakan bagi tanda keperhatinan kakitangan

terhadap golongan yg kurang bernasib baik dlm kws MPSJ.

Sebanyak RM 4,000.00 telah berjaya dikutip dari

kakitangan mahupun orang perseorangan yg turut sama

menyumbangkan ke arah kebaikan ini.

Pelbagai barangan runcit juga turut disumbangkan

ke rumah anak yatim tersebut seperti beras, gula,

minyak masak dan sebagainya bagi menampung

keperluan mereka bagi menyambut bulan Ramadhan



Sebanyak RM 1,000.00 drp kutipan sumbangan tersebut

telah diagih-agihkan terus kepada anak-anak yatim tersebut

sebagai pemberian duit raya kepada mereka yg diserahkan

sendiri Tn Pengarah Jbt Kejuruteran kpd mereka.


Sebelum majlis berakhir, anak-anak yatim tersebut telah

menunjukkan bakat dgn menghiburkan rombongan kelab

melalui persembahan nasyid mereka.










No comments: