Tuesday, August 23, 2011

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN ANJURAN KELAB EVO

Satu program tazkirah sempena menyambut bulan

Ramadhan telah diadakan pada 19 Ogos 2011

bersamaan 19 Ramadhan 1432 Hijrah bertempat

di Dewan Kenanga, Bangunan Ibu Pejabat MPSJ

Program ini adalah anjuran bersama Kelab EVO

Jabatan Kejuruteraan melalui Biro Kebajikannya

dengan Bahagian Latihan MPSJ dan tajuknya

ialah mengenai penghayatan Ramadhan.

Kakitangan dari jabatan-jabatan lain turut

dijemput menghadiri tazkirah ini dan kehadiran

kakitangan dianggap telah menyertai satu kursus

yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan

Program tersebut di pengerusikan oleh En. Azmal
Penolong Jurutera Kanan, Unit Struktur,
Jabatan Kejuruteraan MPSJ dan penceramah
jemputan ialah Ustaz Mohd Shariff, seorang pendakwah
bebas bagi menggantikan Ustaz Ahmad Dasuki
yang mengalami masalah kesihatan

Diakhir majlis, Tn. Hj. Haizi, Penolong Pengarah
Kanan, Unit Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan
yang mewakili pihak Kelab EVO Jabatan Kejuruteraan
menyerahkan cendermata sumbangan kepada
Ustaz Mohd Sharif tersebut.










No comments: